Pages

Sunday, October 4, 2015

Islam itu Indah

Assalamualaikum rakan-rakan. Disini ada serba sedikit tentang adab dan tanggungjawab kita sebagai anak terhadap ibu bapa kita
ayuh kita membaca!


Etika dan adab terhadap ibu bapa adalah secara umumnya diketahui oleh masyarakat bahawa mereka adalah orang yang paling patut kita hormati, sayangi dan utamakan. Semua orang maklum terhadap perkara ini. Akan tetapi, mengapa kita masih melihat ramai yang tidak menghormati ibu bapanya pada hari ini? Bahkan ramai juga yang akhirnya menghantar ibu bapanya ke rumah orang tua atau menyuruh pula adik beradik yang lain untuk menjaga ibu bapa sedangkan ibu bapa inilah yang bertanggungjawab menyara, mendorong dan menyuruh anaknya menuntut ilmu sehingga menjadi seorang yang berjaya.

Di antara faktor yang mendorong kepada seorang anak ini menjadi kurang hormat kepada ibu bapanya adalah:
  1. Merasa dirinya berjaya dan malu dengan ibu bapa yang kurang berjaya atau terpelajar. Ini adalah antara faktor yang biasa kita dengar.
  2. Berlainan pendapat atau ideologi. Ini berlaku kerana pertembungan dua zaman iaitu persekitaran pada zaman ibu bapanya dan pada zamannya sekarang. Dua zaman ini mungkin mempunyai tatacara hidup sendiri yang kadang kala mengakibatkan percanggahan ideologi. Apatah lagi jika isu yang panas seperti isu politik. Zaman dahulu suasana politiknya lain, orang politiknya lain dan zaman sekarang sudah berubah dan menuntut gaya pemikiran yang baru.
  3. Kurang didikan agama. Ini adalah faktor yang sangat penting. Apalagi didikan agama kurang, maka anak ini tidak menyedari kepentingan untuk menjaga hak, etika dan adabnya terhadap ibu bapanya sepertimana yang ditekankan di dalam al-Quran dan as-Sunnah yang akan saya bentangkan nanti.

Di dalam permasalahan ini, tidak kurang juga ramai yang berpandangan punca utama bermula dari didikan di rumah. Mereka berpendapat, jika dari awalnya tidak dididik dengan betul, maka inilah hasilnya, anak yang tidak hormat kepada ibu bapanya serta mungkin tidak memberi manfaat juga kepada masyarakat. Akan tetapi pandangan ini kita boleh terima bulat-bulat hanya sekiranya kita bercerita mengenai etika anak sekolah rendah atau sekolah menengah awal. Apabila anak ini sudah remaja dan dewasa, banyak lagi faktor lain yang mendorong anak ini menjadi sedemikian. Yang paling utama, bagi anak yang sudah baligh dan sudah besar, menjadi tanggungjawab utamanya untuk memilih jalan mana yang hendak dituju kerana dia akan mencapai usia kematangan yang membolehkannya untuk berfikir dan membezakan antara yang baik dan buruk. Dia perlulah fikirkan dan mengeluarkan dirinya dari kejahilan dan kejahatan kepada jalan yang lebih baik dan diredhai oleh Allah SWT.

Saya tidak akan membincangkan perkara ini panjang kerana sudah ramai ilmuwan yang menyentuh mengenai isu ini. Cuma perbincangan yang akan saya bawa adalah dari sudut perspektif al-Quran dan as-Sunnah berkaitan dengan etika terhadap ibu bapa. Indahnya agama ini kerana ia turut menekankan tentang betapa pentingnya untuk menghormati dan berbakti kepada kedua ibu bapa. Insya Allah akan saya ringkaskan agar mudah dibaca dan difahami.

Konsep ketaatan
Ramai di antara kita hari ini masih kurang memahami konsep ketaatan dan hormat. Dua perkara ini seakan sama, tetapi hakikatnya berbeza. Saya pernah menulis artikel mengenai ini iaitu 'Engkau aku hormati, tetapi kebenaran lebih aku cintai' (klik sini). Saya sarankan pembaca untuk membaca artikel itu supaya lebih faham dengan konsep ketaatan dan hormat yang sebenar. Di sini saya ringkaskan bahawa kadang kala kita hormat dan kita taat, tetapi kadang kala pula, keadaan menuntut kita untuk TIDAK TAAT tetapi kita masih perlu hormat.

Satu contoh yang mudah adalah apabila jika ibu bapa menyuruh kita melakukan kebaikan, kita wajib taat kepada perintah itu. Akan tetapi jika ada pula ibu bapa yang menyuruh anaknya untuk membelikan arak, di dalam hal ini, anak ini DILARANG untuk taat, tetapi anak itu masih perlu untuk hormat ibu bapanya. Dalilnya adalah firman Allah SWT:

وَإِن جَـٰهَدَاكَ عَلَىٰٓ أَن تُشۡرِكَ بِى مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ۬ فَلَا تُطِعۡهُمَا‌ۖ وَصَاحِبۡهُمَا فِى ٱلدُّنۡيَا مَعۡرُوفً۬ا‌ۖ وَٱتَّبِعۡ سَبِيلَ مَنۡ أَنَابَ إِلَىَّ‌ۚ ثُمَّ إِلَىَّ مَرۡجِعُكُمۡ فَأُنَبِّئُڪُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ
Maksudnya: "Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."
(Surah Luqman 31:15)

Di dalam sebuah hadis, Nabi SAW bersabda:

لا طاعة لمخلوق في معصية الله عز وجل
"Tiada ketaatan kepada makhluk di dalam kemaksiatan kepada Allah Azza Wajalla."
(Musnad Ahmad. Isnad sahih menurut Syeikh Shu'aib al-Arnauth)

Maka apabila kita tidak taat di dalam hal maksiat kepada Allah, ini tidak dikira sebagai menderhaka atau tidak menghormati ibu bapa. Akan tetapi, meskipun kita tidak taat, kita tetap dituntut supaya mempergauli dan menghormati mereka dengan baik.

Etika terhadap ibu bapa
Secara umumnya, Allah memerintahkan manusia supaya menghormati ibu bapa mereka. Firman Allah:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنًا‌ۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡڪِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ۬ وَلَا تَنۡہَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلاً۬ ڪَرِيمً۬ا . وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا
Maksudnya: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil"."
(Surah al-Isra' 17:23-34)

Begitulah yang ditekankan di dalam ayat Quran di atas iaitu menghormati dan berbakti kepada ibu bapa merupakan satu perkara yang sangat besar di dalam agama Islam ini demi menjaga keharmonian institusi kekeluargaan. Bahkan ibu bapalah yang telah membesarkan serta mendidik anaknya sehinggalah ia meningkat dewasa, maka tidak wajar jika ibu bapa hanya dibiarkan begitu sahaja apatah lagi apabila mereka mencapai usia tua.

Di dalam sebuah hadis yang kerap kali kita dengar, Rasulullah SAW pernah ditanya:

من أحق الناس بحسن صحابتي قال أمك قال ثم من قال ثم أمك قال ثم من قال ثم أمك قال ثم من قال ثم أبوك
"'Siapakah orang yang berhak mendapat pergaulan baikku?' Baginda menjawab: 'Ibumu'. Orang tersebut bertanya lagi: 'Kemudian siapa.' Baginda menjawab: 'Ibumu.' Orang tersebut bertanya lagi: 'Kemudian siapa?' Baginda menjawab: 'Ibumu.' Orang tersebut bertanya lagi: 'Kemudian siapa?' Baginda menjawab: 'Ayahmu.'
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas menjelaskan bahawa ibu merupakan individu paling utama untuk kita berbakti dan pergaulinya dengan baik. Bahkan ibu dilebihkan sebanyak 3 kali berbanding ayah. Di antara hikmahnya adalah kerana ibu lah individu yang kebiasaannya paling banyak meluangkan masanya bersama anaknya di rumah. Ibu jugalah yang menyusukan anaknya, yang menyediakan makanan dan kelengkapan anak di rumah.

Berbakti kepada kedua orang tua juga merupakan antara amalan yang dicintai oleh Allah SWT. Daripada ibn Mas'ud r.a., beliau berkata:

سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم : أي الأعمال أفضل ؟ قال : الصلاة لمواقيتها . قلت : ثم أي ؟ قال ثم بر الوالدين . قلت ثم أي ؟ قال : الجهاد في سبيل الله
"Aku pernah bertanya kepada Nabi SAW: 'Apakah amalan yang paling dicintai oleh Allah?' Baginda menjawab: 'Solat pada waktu (utama)nya.' Aku bertanya: 'Kemudian apa lagi?' Baginda menjawab: 'Berbakti kepada kedua orang tua.' Aku bertanya: 'Kemudian apa lagi?' Baginda menjawab: 'Berjihad fi sabilillah.'" 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada ibn Umar r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:

إن أبر البر صلة الولد أهل ود أبيه
"Sesungguhnya kebaikan yang paling utama adalah seseorang memelihara hubungan baik dengan orang tuanya."
(Riwayat Muslim)

Tidak diragukan lagi bahawa keutamaan menghormati dan memperlakukan ibu bapa dengan baik adalah amalan yang sangat tinggi nilainya di sisi agama. Maka seorang anak tidak wajar mengabaikan tanggungjawab ini. Seandainya si anak adalah seorang ahli ibadah yang sangat tekun, tetapi tidak menghormati ibu bapanya, maka dia bukanlah seorang yang benar-benar menjiwai roh agama. Ini kerana agama ini bukanlah hanya mementingkan aspek hubungan manusia dengan Tuhan semata-mata, tetapi turut menekankan aspek hubungan sesama manusia. Inilah keindahan Islam yang syumul (menyeluruh), yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan.

Orang yang tidak menabur bakti kepada kedua orang tua mereka pula diancam tidak dapat masuk ke syurga sebagaimana disebut diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda:

رغم أنف ثم رغم أنف ثم رغم أنف قيل من يا رسول الله قال من أدرك أبويه عند الكبر أحدهما أو كليهما فلم يدخل الجنة
"Celakalah, celakalah, celakalah! Iaitu orang yang mendapati kedua orang tuanya atau salah satunya sehingga sampai usia mereka lanjut, namun tidak boleh untuk masuk ke dalam syurga (lantaran tidak berbakti kepada mereka)."
(Riwayat Muslim)

Daripada Abdullah bin Amr r.a., Nabi SAW bersabda:

‏الكبائر الإشراك بالله وعقوق الوالدين وقتل النفس ‏ ‏واليمين الغموس
"Dosa besar itu adalah syirik kepada Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa, membunuh jiwa (tanpa kebenaran) dan sumpah palsu."
(Riwayat al-Bukhari)

Akhirnya disimpulkan daripada semua dalil yang telah dikemukakan, betapa agama Islam ini mementingkan etika, hak serta tanggungjawab kita untuk hormat dan berbakti kepada kedua ibu bapa. Bahkan kita juga dilarang untuk menderhara kepada mereka kerana ia termasuk di antara dosa-dosa besar. Hargailah ibu bapamu sementara mereka masih ada di dunia ini kerana mereka merupakan di antara landasanmu ke syurga!

Wallahu a’lam.

Adab merisik

ADAB MERISIK







Seperti lagaknya penyiasat, bakal menantu harus juga dirisik. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Kadang-kadang secara berjenaka kebolehan seseorang memasak juga ditanya. Jika seorang perempuan itu diketahui sudah tidak dara lagi, nilai hantaran belanja kahwinnya  akan terjejas. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Sebelum datang biasanya jumlah rombongan pihak lelaki akan ditetapkan dengan pihak wanita.
Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik serta mampu menyara wanita terbabit.
Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan dan juga perkahwinan. Ada kalanya hantaran untuk perkahwinan juga ditetapkan. Ada sesetengahnya juga membawa beberapa dulang hantaran. Merisik ini biasanya dilakukan oleh mereka yang berasal dari utara Semenanjung. Sesetengah pihak menganggap upacara ini tidak perlu diadakan kerana kadangkalanya pasangan telah keluar bertahun-tahun dan amat dikenali oleh ibubapa masing-masing. Oleh sebab itu adat merisik jarang dilakukan lagi, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.

Ajaib

Bedak bayi leraikan rantai bergumpal!

tuang bedak pada rantai yang bergumpal kemudian cungkil dengan pin untuk meleraikannya dengan mudah. Anda juga boleh leraikan dengan tangan anda. Selain dapat meleraikan rantai yang bergumpal, tangan anda juga akan lembut bak tangan bayi . kehkehkeh






Tiada lagi halangan untuk ke dapur. Ayuh tolong ibu anda masak!

Disini memang wajib untuk anak-anak dara dan anak-anak teruna yang tolong your mak masak akan menghadapi komplikasi tangan berbau selama beberapa hari. Disini ada cara untuk mengelakkan bau-bau tersebut.

Hapuskan bau bawang dengan sudu besi!

Selepas potong bawang merah dan bawang putih hapuskan bau pada tangan dengan menggosokkan jari bersama sudu besi di bawah air paip yang mengalir.





Lepas ini takkan mengantuk lagi dalam kelas. Yeay!

Sahabat- sahabat sepupu sepapat sedare mare sekalian, Saya sangat yakin dan takbur bahawa setiap manusia yang bergelar pelajar tidak akan terlepas dari penyeksaan "mengantuk" dalam kelas. Oleh itu, disini saya mempunyai cara untuk mengatasi mengantuk. InsyaAllah berkesan!


okay, apa yang anda perlu lakukan?

Gunakan pita pelekat dan lekatkan di bahagian belakang telinga. Nak lagi glamour anda boleh lekatkan sticker barbie, dragon ball ataupun optimus prime di bahagian belakang telinga anda. Tetapi diingatan jangan menggunakan plaster yang mengandungi ubat untuk mengelakkan daripada kesan sampingan. Untuk pengetahuan anda semua, kaedah ini boleh juga digunakan untuk mengatasi orang yang mengahadapi masalah badan tidak stabil ketika berjalan. 




 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik